PERJALANAN POSTING KE SERAWAK INTERIM 2017

Assalamualaikum .

Alhamdulillah keatas syukur nikmat yang Allah berikan untuk hari ini dan seterusnya.Sengaja mahu tulis pengalaman semasa dalam perjalanan ke Serawak dan hari ini saya lapor diri di Sk Lutong,Miri. Teringat kata-kata Pn Nurlia ketika lapor diri di PPD Miri"tulislah atau catatlah pengalaman kisah/cerita kita di mana- mana,mungkin suatu hari kita akan lihat balik apa yang kita tuliskan" .Kata beliau lagi" mungkin kita boleh lihat kembali coretan sekaligus memperbaiki dan meningkatkan balik semangat kita ".

Firstly,terima kasih buat suamiku Mohd Nasrullah bin Mat isa kerana sudi menghantar sayang ke miri(sangat-sangat hargai)dan  banyak mengeluarkan perbelanjaan  ketika di sana.Pjj amat sukar buat kami tapi itulah ujian hidup(pengorbanan) demi mencari rezki .Sedih tu tidak perlu cakap la,sedih sangat tapi suami banyak memberi semangat dan kata-kata dorongan membuatkan ku semangat.Suami ada bagi nota kecil untuk saya sebelum berpisah.Saya upload ea..jap!!!


Eh terbalik pula..hehe..inshaAllah ingat kata-kata ni..penguat dan memberi semangat kepadaku.Terima kasih juga untuk kedua ibubapaku juga banyak tolong dari segi wang dan semangat serta dorongan .Tidak lupa juga saudaraku rapat(ino) nama manja beliau..hehe..dia suport kereta sewa semasa d serawak.Terima kasih deh.YaAllah permudahkanlah urusan mereka.

Nak cerita sikit.Dapat tahu penempatan 8/8/2017 and then 12/8/2017 terus pergi ke Miri .Pergi awal sikit sebab suami ada iv interim pada 16/8/2017.Jadi kami agak kalut la sikit .Masa tu kami menginap di Hotel Ajang 3 hari 2 malam,boleh tahan la harga dari hotel yang lain. Anda yang mahu g Miri boleh la tengok-tengok hotel tu,selesa la juga.

Tarikh 16/8/2017 lapor diri di Ppd Miri serawak dan terus ke sekolah untuk menerima lantikan jawatan guru interim.Seramai 19 orang yang terpilih untuk d zon Miri .Alhamdulillah selesai lapor diri dan terus ke sekolah untuk lapor diri.

Ketika di sekolah ,alhamdulillah guru-guru yang sporting dan fositive.Doakan semoga kuat ya.Nanti next entry mahu kongsi cerita tentang Serawak.Serawak ni sebenarnya unik sangat.bukan apa banyak etnik dan loghat pun pelbagai.

Apa pun doakan saya kuat dan fositive.Matlamat saya mahu jadi guru yang terbaik buat pendidik saya.Itulah azam saya..

Itulah untuk setakat hari ni.Next time boleh cerita lagi..bye.assalamualaikum



Comments

Popular posts from this blog

HAJAT 2017